Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Petua Memilih Roti Gardenia

Hi, semua. Setiap pagi, kita akan mulakan hari dengan bersarapan dan bersarapan adalah salah satu aktiviti  penting yang perlu untuk mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan cergas sepanjang hari. Salah satu menu yang paling mudah dan cepat disediakan sewaktu sarapan pagi adalah roti. Terdapat pelbagai jenis dan jenama roti dan jenama yang paling popular dan disukai ramai adalah Gardenia.
Sekiranya anda perasan dan perhatikan dengan teliti, terdapat beberapa warna pada penyepit kod yang digunakan untuk menutup roti Gardenia. Tahukah anda bahawa setiapwarna pada penyepit kod tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seperti yang anda ketahui, terdapat juga tarikh luput yang dicatatkan pada penyepit kod tersebut.

Untuk pengetahuan anda, setiap warna penyepit kod tersebut menunjukkan hari roti tersebut dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang. Untuk pengetahuan anda juga, Gardenia mengeluarkan roti 5 kali dalam seminggu.


Monday – blue
Tuesday – green
Thursday – red
Friday – white
Saturday – yellow

Ini bermakna, sekiranya anda membeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat, ini bermakna anda telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu. Pengetahuan mengetahui warna kod akan membantu anda mendapatkan roti yang lebih berkualiti dan segar. Untuk mudah ingat tentang warna dan hari pada penyepit kod ini, anda boleh melihat susunan hari per warna. Contohnya:

Isnin - Blue (B)
Selasa - Green (G)
Khamis - Red (R)
Jumaat - White (W)
Sabtu - Yellow (Y)

Bermula dengan huruf B mengikut turutan hingga ke huruf Y, mudahkan. Easy to remember ;)


Friday, November 9, 2012

Cara-cara Menghilangkan Kesan Dakwat Pada Tangan

Dakwat merupakan salah satu kotoran yang agak sukar untuk dihilangkan sekelip masa. Kadang kala, sewaktu menulis atau memegang pen yang mempunyai mata pena berdakwat basah, jari atau tangan kita akan mudah terkena dakwat. Lebih memeningkan bagi mereka yang terlibat dalam membaiki printer. Kat sini, saya akan memberikan beberapa tips tentang cara-cara atau petua untuk menghilangkan dakwat khasnya pada tangan atau jari atau yang sewaktu dengannya.

1. Gunakan losyen baby atau apa-apa sahaja losyen badan dan sapukan ditempat yang terkena dakwat. Losyen mengandungi bahan yang mampu menghilangkan kotoran di tangan sekaligus menjadikan tangan terasa lembut dan selesa.

2. Selain itu, anda boleh menggunakan skrub lembut yang dicampur dengan peluntur untuk menanggalkan dakwat yang terkena tangan atau jari anda. 

3. Peluntur juga sangat berkesan untuk menanggalkan dakwat pada tangan. Letakkan sedikit peluntur pada tapak tangan dan gosok pada tempat yang terkena kotoran dakwat tersebut. Setelah kotoran ink hilang, cuci bersih dengan sabun agar bau peluntur hilang. Biasanya peluntur berkesan menanggalkan kotoran dakwat pada tangan dengan cepat.

4. Sekiranya anda tidak gemar dengan bau peluntur yang agak kuat melekat pada tangan, anda boleh cuba mencuci tangan atau jari anda dengan ubat gigi. Ubat gigi juga mampu menghilangkan kesan dakwat yang melekat pada jari atau tangan anda dengan mudah. 

5. Bagi yang tidak mempunyai skrub atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan campuran gula dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan dakwat pada tangan. Gula bertindak sebagai alat penggosok yang berkesan menanggalkan kesan degil.

Mudah-mudahan dakwat yang terkena tangan atau jari anda akan mudah hilang dengan cepat menggunakan teknik-teknik yang dinyatakan di atas. Feel free to leave your comment here ;)

Wednesday, November 7, 2012

Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah

Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.

1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.

2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.

3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju  untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.

4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.

Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)

Wednesday, June 27, 2012

Contoh Surat Pembatalan Polisi Insuran AIA

Hi, lame dah saya tak masukkan entri baru. Apa pun, entri kali ini adalah berkenaan dengan post Pembatalan AIA insuran dimana beberapa pembaca meminta contoh surat tersebut... Anda boleh meniru contoh surat yang saya postkan, ataupun mengubahnya mengikut kesesuaian anda. Surat yang saya lampirkan menggunakan bahasa English, tapi anda boleh terjemahkan dalam bahasa melayu. Ok..




19 December 2011

Policyowner Services Dept,
Level 8,
Menara AIA,
99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.


Re:  Policy Number: W5######## Cancellation


I am sending you this written notice to request cancellation of my insurance policy effective Oct 3, 2011. I would appreciate you sending me written confirmation within 30 days that the cancellation has been put into effect. Please refund the unused portion of my policy premium (RM###.##), and cease charging my bank account for payment of monthly premiums.

Thank you for your prompt attention to this matter.



Sincerely,



___________________________
( your name)
(your full adress) 

Jom baca tentang nombor 769 penarik rezeki di sini: 769 angka penarik rezeki

Friday, March 30, 2012

Cara-cara Mudah Bersalin (Cepatkan Proses Kelahiran)

Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri. Namun, tidak dinafikan proses pelahiran atau bersalin yang dikatakan sangat memeritkan terutamanya ketika bersalin anak sulung menimbulkan perasaan takut kepada wanita yang akan bergelar seorang ibu. Ramai wanita mengandung dan yang teringin untuk memiliki cahaya mata, berharap agar proses kelahiran tersebut mudah dan cepat.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang beberapa cara-cara atau teknik-teknik untuk mempercepatkan proses kelahiran, sekaligus memudahkan proses bersalin.
  1. Untuk mempercepatkan proses kelahiran, kontraksi yang kuat adalah perlu dan antara cara mudah untuk menguatkan kontraksi adalah dengan melakukan banyak pergerakan. Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.
  2. Selain itu, cuba untuk membuang air kencing dengan kerap. Ini kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.
  3. Cuba alih perhatian anda terhadap rasa sakit yang dialami. Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini sekaligus akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.
  4. Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.
  5. Dalam hal ini juga, anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas dalam mengurangkan rasa sakit yang dialami.
  6. Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.
  7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Saturday, February 11, 2012

Apakah itu Kolagen?


Kolagen ialah struktur protein utama yang banyak terkandung dalam kulit , tulang, tendon dan tisu perantara lain. Kepingan pusam kolagen menguatkan kulit, dan dengan memilinnya menjadi ‘kabel’ molekul, ia menambah kekuatan tendon. Suntikan kolagen digunakan dalam pembedahan kosmetik untuk menebalkan bibir dan menghilangkan kedut. Suntikan kolagen adalah pembedahan kosmetik yang kedua paling popular di Britain selepas botox. Kolagen tidak tahan lama, oleh itu beberapa suntikan sering diperlukan. Kolagen telah dimanfaatkan sejak zaman batu lagi. Penghuni gua neolitik di sekitar Laut Mati dipercayai telah menggunakannya sebagai gam. Kebelakangan ini, penyelidik telah mengembangkan satu bentuk yang boleh dituang atau disuntik ke dalam luka untuk menutupnya. Kolagen berasal dari beberapa sumber. Sesetengah syarikat mengekstraknya dari kulit lembu dan menggunakannya untuk mengurangkan risiko alahn atau jangkitan. Sesetengah syarikat pula mengambilnya daripada penderma manusia atau mengekstrak sel-sel daripada pesakit sebelum mengembangkan jumlah yang diperlukan di makmal. 

Oleh Ian Cobain dan Adam Luck, The Guardian, 13 Septermber 2005.

Friday, January 20, 2012

Kisah Pelik: Anjing Menelan Cincin Bernilai $4,500

Kisah pelik ni berlaku di Albuquerque, New Mexico apabila sepasang suami isteri berasa pelik dengan kehilangan cincin bernilai $4,500 dari bilik tidur mereka. Pasangan tersebut terpaksa meminta doktor haiwan untuk mengeluarkan cincin tersebut setelah diperiksa melalui ujian X-Ray dan cincin tersebut tidak dapat dikeluarkan dengan sendirinya.

Rachelle Atkinson berkata, beliau dan suaminya telah mencari di merata tempat cincin tersebut sebelum mengesyaki bahawa cincin tersebut telah ditelan oleh anjing mereka memandangkan hanya anjing tersebut sahaja yang berada di dalam bilik. Mereka juga berkata, anjing peliharaan mereka juga turut cenderung untuk menelan apa sahaja termasuk batu!

Thursday, January 19, 2012

Cara-Cara Menanggalkan Gula Getah (Chewing Gum) Dari Rambut

Ramai orang menggemari gula-gula getah kerana ia salah satu dari makanan ringan dan mudah untuk dikunyah. Namun, adalah satu perkara yang meremehkan dan menyusahkan apabila gula-gula getah tersebut terlekat di badan anda, terutama di bahagian rambut. Apakah cara yang paling mudah untuk menanggalkan gula-gula getah atau chewing gum tersebut tanpa perlu menggunting rambut anda? 

Terdapat beberapa cara dan kaedah digunakan untuk menangani masalah ini. Berikut adalah antara cara-cara untuk menanggalkan gula-gula getah seperti yang ditunjukkan dalam rancangan Food Detective di Discovery Science.

1. Minyak - Minyak masak adalah satu alternatif yang paling berkesan bagi menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ini kerana, minyak bertindak sebagai pelincir dan melicinkan rambut yang sekaligus menanggalkan gula-getah tersebut dari terus melekat di rambut. Caranya mudah sahaja. Ambilkan satu sudu besar minyak dan sapukan di bahagian rambut yang terkena gula-gula getah tadi. Kemudian, dengan menggunakan sikat yang besar atau mempunyai gigi yang jarang, sikat pada rambut yang terkena gula-gula getah sehingga ia tanggal dengan sendiri. Mudahkan.

2. Peanut Butter - Selain itu, peanut butter atau kacang pea yang biasanya disapu di atas roti digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Hanya sapu satu sudu besar peanut butter di bahagian yang terkena gula-gula getah tersebut dan keluarkan dengan sikat. 

3. Ais - Ais juga digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Letakkan beberapa ketul ais di rambut yang terjejas dan tanggalkan dengan sikat. Cubalah sendiri.

4. Alkohol - Alkohol juga digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ia bertindak dengan melicinkan rambut seterusnya menanggalkan gula-gula getah tersebut dari rambut. 

P/S; Apa pun, sekiranya anda mengalami masalah tersebut, gunalah kaedah pertama dahulu kerana ia adalah kaedah yang paling efektif untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Selamat mencuba.

Tuesday, January 17, 2012

Cara Membatalkan Polisi Insurans AIA

Hello semua. Pernahkah anda menerima panggilan telefon dari pihak insurans? Misalnya polisi insurans dari AIA? sekiranya pernah, adakah anda benar-benar bersetuju dengan polisi insurans tersebut atau anda telah tertipu dengan kata-kata agen mereka? Entri kali ni, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk anda membatalkan polisi insurans AIA dengan mudah dan cepat. Ini merupakan pengalaman saya sendiri dan dengan jayanya, saya mendapat kembali wang yang telah dipotong melalui akaun bank saya oleh pihak AIA.

Sebenarnya, mudah sahaja hendak membatalkan polisi insurans ini. Saya tidak pasti, sama ada pembatalan insurans dari syarikat lain juga menggunakan kaedah yang sama. Kaedahnya mudah.

Pertama, hantarkan email kepada pihak berkenaan dengan menyertakan alasan pembatalan anda di my.customer@aia.com . Tunggu pihak AIA membalas email anda.

Kedua, tuliskan surat pembatalan kepada pihak AIA dengan menyertakan nombor polisi dan tandatangan anda pada surat tersebut. Ini adalah penting agar pihak AIA tahu bahawa pemegang polisi benar-benar ingin membatalkan polisi insurans tersebut. Hantarkan surat tersebut ke:


Policyowner Services Dept
Level 8
Menara AIA
99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Akhir sekali, anda mungkin akan menerima balas email dari pihak AIA untuk melengkapkan borang yang dikepilkan bersama email untuk difakskan semula kepada mereka. Pastikan anda mengisi borang tersebut dan menyatakan alasan pembatalan polisi tersebut. Contoh borang yang akan terima seperti dibawah:

Contoh Borang Pembatalan Polisi AIA


Sekiranya anda telah menerima polisi insuran tersebut dan tiba-tiba ingin membatalkannya, anda boleh menghantar kembali surat polisi tersebut kepada pihak AIA atau membuat panggilan kepada pihak mereka untuk mengelak sebarang pemotongan dari akaun bank anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan polisi tersebut. Pihak AIA akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan oleh pihak AIA  dalam surat polisi yang dihantar kepada anda sekiranya tiada sebarang bantahan diterima dalam dua minggu tersebut.

Bergantung kepada alasan dan sebab anda membatalkan polisi tersebut, pihak AIA mungkin akan mengembalikan kesemua jumlah duit anda dan menghentikan pemotongan dari akaun anda. Namun, dalam sesetengah kes, kadar duit yang dikembalikan bergantung kepada jenis insurans yang anda pilih dan mengikut budi bicara dari pihak AIA sendiri. Selamat mencuba. 

Monday, January 2, 2012

Ceramah Malam Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan

Nama ustaz Azhar Idrus sememangnya sudah dikenali dan terkenal dengan dakwahnya yang tidak pernah bosan mendengarnya. Pada malam 31 Disember 2011, satu majlis ceramah agama yang dianjurkan oleh Exco Negeri Selangor telah diadakan sempena kempen Anti Zina dimana ianya merupakan satu majlis ilmiah yang sangat dipuji dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kira-kira 70,000 jemaah telah hadir dimana kira-kira 70% daripadanya adalah terdiri dari golongan remaja. Majlis yang diadakan di Dataran Shah Alam, selangor itu turut diserikan lagi dengan lawak pengacaranya, tidak lain ialah Zizan Raja Lawak. Selain itu, persembahan bertemakan agama yang dipersembahkan oleh artis tanah air seperti Sham Kamikaze, Shahir dan ramai lagi memeriahkan lagi majlis ilmiah ini. Walaupun tidak disiarkan di dalam televisyen mahupun akhbar tempatan, namun majlis tersebut dapat disaksikan dalam Youtube. Di bawah merupakan beberapa video berkenaan dengan majlis yang berlangsung pada malam tersebut. Jom saksikan ;D



Ni video penuh aktiviti pada malam tersebut:
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...