Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, December 6, 2010

10 petua menghilangkan batuk di rumah

Batuk merupakan satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan kita dan kita selalunya akan mencari cara bagaimana hendak menghentikan batuk tersebut. Kadang-kadang batuk boleh menjadi begitu menyeksakan dan sekiranya teruk,  ia bukan sahaja menyakitkann tekak, malah pada bahagian belakang badan. Batuk biasanya terjadi akibat alahan,  asma, penyakit mulut, merokok dan terdedah kepada bahan kimia serta habuk. Badan kita akan bertindakbalas dengan menolak keluar mukus tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya kita sakit, kita juga turut menyebarkan bakteria dari mukus tersebut kepada persekitaran kita. Sebelum kita pergi mendapatkan ubat batuk dari farmasi atau kedai ubat, kita juga boleh mendapatkan rawatan menggunakan bahan semulajadi yang selamat. 

Mari kita lihat 10 petua untuk menghentikan batuk: 

  1. Limau dan kayu manis - Ini merupakan petua yang sangat berkesan tetapi tidak begitu diketahui. Anda boleh merendam satu atau dua batang kayu manis dalam secawan jus limau. Vitamin C yang diambil akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan melalui gabungan kayu manis dan limau juga akan menghalang pengeluaran lendir/mukus yang berlebihan. 

    2.   Mandi air suam - Mandi air suam juga mampu menghentikan batuk. Stim yang keluar dari pemancur air (shower) akan membantu untuk mengeringkan saluran tekak. Malah, dengan berdiri di bawah pancuran air sambil bernafas dengan mendalam akan menenangkan jiwa kita.

    3.  Teh panas dengan limau dan madu - Ini merupakan petua yang telah diwarisi sejak turun-temurun dan ia memberi kesan yang sangat memuaskan. Teh memberi kesan yang menyenangkan dan madu pula menjadi perangkap dan penyadur dalam tekak bagi menghentikan batuk. 

    4.  Pati epal cuka - Menggabungkan air dengan beberapa sudu teh Pati Epal Cuka (Apple Cider Vinegar) juga mampu mengurangkan radang di dalam tekak dan sistem pernafasan.

    5.  Air - Meminum air yang banyak juga menjadi salah satu petua bagi menghentikan batuk terutamanya ketika anda perlu bercakap banyak semasa melakukan perbentangan atau semasa mesyuarat. Air akan memastikan saluran tekak menjadi lembab.

    6.  Kelembapan -Kelembapan akan membantu mencegah jangkitan dalam sistem pernafasan memandangkan batuk kering yang biasanya disebabkan oleh tindakan kita menyedut udara yang kering. Memasang alat  pelembab udara (humidifier) adalah sesuai tetapi sekiranya tiada, anda boleh memanaskan air di dapur, atau meletakkan mangkuk yang mengandungi air di hadapan pemanas. Apabila wap air terhasil, ia akan melembapkan udara di persekitaran.

    7.  Aromaterapi - Ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, kecuali sekiranya anda pernah menggunakan minyak semulajadi sebelum ini. Anda mungkin perlu pergi ke kedai ubat berhampiran dan mencubanya. Campurkan tiga titis minyak pohon kayu putih (Eucalyptus), dua titis minyak thyme dan dua sudu minyak kelapa. Sapukan di dada dan tarik nafas. Ia akan memberi kelegaan kepada anda dan rasa batuk juga akan berkurangan.

    8.  Susu panas dan madu - Masuk madu ke dalam segelas susu yang panas dan kacau. Minum perlahan-lahan dan amalkan selalu sebelum tidur. Ini akan membantu menghentikan batuk serta membantu anda tidur dngan lena. Meminum susu sebelum tidur sangat baik diamalkan bagi mendapatkan kualiti tidur yang cukup.

    9.  Tuala sejuk - ambil tuala bersih dan masukkan kedalam air yang sangat sejuk dan perahkan. Biarkan rata dan letakkan di atas tekak anda. Tutup dengan tuala tangan yang kering.  

    10.  Peppermint dan halia - Kunyah peppermint dan halia tapi tidak semestinya serentak. Kunyah gula-gula yang mengandungi peppermint atau halia yang telah dibuang kulit akan membantu menghentikan ransangan sistem badan untuk batuk.

Sekiranya petua yang diberi tidak memberi kesan dan masalah batuk juga masih berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Selamat mencuba.

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...